Pemerintahan Portugis
1511:
Alfonso de Albuquerque
tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah
markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh sultan.
Selepas 10 hari dengan bantuan pembelot dari kalangan pembesar dan orang
dalam istana yang iri hati dan dengki diatas pemashuran Tun Fatimah dan
bimbang akan kedudukan jalur keturunannya, pihak Portugis berjaya
mengepung dan menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa
dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak
Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.
1513:
Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Melaka.
Sultan Mahmud Shah telah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan.
1521:
Gereja St. Paul dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho
dan dinamakan "Our Lady of The Hill", tetapi kemudiannya ditukar oleh
pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja
St. Paul".
1523:
Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan Melaka.
1525:
Laksamana Hang Nadim telah mengepung Kota A Famosa. Pihak Portugis membuat catuan makanan dari Goa.
1526:
Seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh
negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan
Mahmud Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat
Melaka ke Kampar, Sumatra.
1528:
Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatera.
1537:
Pihak Aceh menyerang pihak Portugis di Melaka pada kali yang pertama.
1545:
Buat pertama kalinya, Fr. Francis Xavier
tiba di Melaka. Pada keseluruhannya, beliau membuat lima lawatan ke
Melaka kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di
Timur.
1548:
Kolej St. Paul (St. Paul's College), sekolah pertama di Melaka, dibina
oleh St. Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan
yang memeluk agamanya.
1551:
Gabungan Johor, Japara dan Perak yang mantap telah menawan Melaka dan mengepungnya selama tiga bulan.
1553:
St. Francis Xavier meninggal di Pulau Sancian berdekatan Canton, China dan dibawa ke gereja St. Paul selama sembilan bulan persemadiannya sebelum mayatnya dibawa semula ke Goa, India.
1568:
Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Acheh. Acheh telah mengawal Selat Melaka selama enam puluh tahun.
1582:
Pihak Portugis membantu Johor daripada serangan Aceh, dan Sultan Abdul
Jalil Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka.
1587:
Johor menyerang pihak Portugis secara besar-besaran melalui serangan
tanah daratan dan laut tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis
sampai dari Goa.
1588:
Pelawat Inggeris pertama, Ralph Ritch telah tiba di Melaka.
Pemerintahan Belanda
1641:
Pihak Belanda (1641 - 1795) menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari
dan menakluk Melaka dengan pembantuan Sultan Johor. Gabenor Portugis,
Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson
Kaartokoe.1645:
Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapten Lee Wei King dan ia merupakan tokong Cina yang tertua di Malaysia.
1645-1670:
Perang antara Belanda - Naning.
1650:
Bangunan Stadthuys dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka.
1710:
Gereja St. Peter, gereja Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas pihak Belanda memberi kebebasan kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama mereka.
1753:
Gereja Christ, yang melambangkan seni rekabentuk Belanda, disiap sepenuhnya selepas pembinaan dua belas tahun.
1756:
Bugis di bawah pemerintahan Daeng Kemboja telah menyerang Melaka.
1784:
Raja Haji datang ke Melaka untuk menawannya tetapi terbunuh semasa pertempuran di Teluk Ketapang.
1795:
Syarikat Hindia Timur menguasai Melaka buat sementara semasa Perang Napoleon.
1807: Pihak British di bawah William Farquar mula memusnahkan kubu Portugis dan mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. Kemudian Belanda merancang untuk menukarkan pedagang-pedagang yang datang ke Melaka berpindah ke Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka.Kerja-kerja memusnahkan kota ini menelan belanja disekitar 70,000 paun sterling.
1808:
Kedatangan Sir Stamford Raffles telah menyelamatkan Melaka dari kemusnahannya dengan persetujuan Lord Minto. Rancangan pemindahan penduduk dibatalkan
1818:
Melaka dipulangkan kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon.\
1819:
Sultan Hussain Shah telah menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Makam baginda terdapat di Masjid Tengkera
Pemerintahan British
1824:
Satu Perikatan British-Belanda (juga digelarkan Perikatan London) dibuat
yang mana pihak British memberi Bencoleen (Bengkulu) di Sumatra kepada
pihak Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka. Perikatan ini
ditandatangani untuk mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda.
British telah menguasai kawasan utara Selat Singapura sementara Belanda di bahagian Selatan (Kepulauan Indonesia).
1826:
Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan menjadi Negeri-negeri Selat.1849: Gereja St. Francis Xavier dibina untuk memperingatkannya.
1867:
Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan British. Pejabat Pemerintahan
Gabenor-Jeneral yang berpusat di India berpindah ke Pusat Pemerintahan
di London.
1895:
Penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di Bukit Lintang, Melaka.
1941:
Perang Dunia ke-2 berlaku. Jepun mengebom Pearl Harbour (Pengkalan Laut yang penting di Hawai bagi Amerika Syarikat).
1942:
Melaka jatuh ke tangan Jepun.
1945:
British kembali menguasai Melaka setelah Jepun menyerah kalah kepada British di Singapura.
1948:
Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari. Pihak British mengistiharkan darurat dan situasi ini berakhir pada tahun 1960.
1956:
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri
Malaysia yang pertama mengumumkan tarikh kemerdekaan (31 Ogos, 1957)
setibanya dari London. Dalam tahun yang sama, Melaka menjadi sebahagian
daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka.
No comments :
Post a Comment